Info Perlancongan

Bandar Diraja Seri Menanti

Negeri Sembilan terkenal dengan seni bina Minangkabau yang unik dan dapat dilihat di dalam pembinaan Istana Seri Menanti di Seri Menanti. Istana ini merupakan kediaman rasmi keluarga DiRaja sehingga tahun 1931 dan kemudiannya dijadikan sebagai Muzium DiRaja khas pada tahun 1992. Istana ini dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908, dibina tanpa menggunakan sebarang paku mahupun skru dan . Bangunan ini mempunyai ketinggian 65 kaki mempunyai 99 tiang yang menggambarkan 99 askar dari pelbagai Luak. Istana yang kini dijadikan Muzium Diraja boleh dilawati bagi mereke yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kehidupan keluarga Diraja. Antara bahan pameran yang terdapat disini seperti senjata api, pakaian serta dokumen berkaitan keturunan DiRaja.

 

Taman Rekreasi Ulu Bendul

Taman Rekreasi Ulu Bendul terletak di kaki Bukit Angsi kira-kira 16km dari Seremban di laluan Kuala Pilah-Seri Menanti. Taman ini merupakan antara enam kawasan riadah menarik di Negeri Sembilan yang menawarkan kawasan riadah untuk bermandi-manda dengan air yang segar dan sejuk. Pengunjung boleh mencuba Jungle Treking atau mendaki Gunung Angsi jika inginkan cabaran dan boleh juga memilih untuk berkemah di tapak perkemahan yang disediakan memilih untuk menyewa chalet yang disediakan untuk menikmati suasana di taman tersebut.

 

Istana Budaya

Negeri Sembilan terkenal dengan masakan tradisional seperti Masak Lemak Cili Api dan Restoran Warisan di Pusat Kraf, Terachi Desa Budaya, Kuala Pilah, Negeri Sembilan menyediakan masakan tersebut. Antara masakan yang disediakan ialah Rendang, Daging Salai, Tempoyak dan juga masakan Thailand seperti Tomyam. Persembahan kebudayaan seperti Bongai, Caklempong dan Joget Lambak akan dipersembahkan kepada pengunjung restoran ini pada hari Sabtu dan sepanjang cuti umum pada pukul 9.00malam.


ekp-daftar

Maklumat Parlimen

Statistik Laporan

  • A = Sosial
  • B = Infrastruktur
  • C = Pelbagai
  • D = Kepimpinan
  • E = Kacau Ganggu
  • F = Alam Sekitar

Lapor aduan