Info Sejarah

Kuala Pilah merupakan satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jelebu, Johol, Tampin, Rembau, Port Dikson dan Seremban. Kedudukan Kuala Pilah adalah terletak dibahagian tengah Negeri Sembilan iaitu diantara Bahau dan Seremban yang juga dikenali sebagai "pekan kecil" dengan keluasan 109,039.58 hektar.

 

Kuala Pilah terdiri daripada tiga jenis kampung iaitu Kampung Tradisional, Kampung Baru dan juga Kampung Orang Asli. Kampung Tradisional ini merupakan tanah pusaka yang biasanya didiami oleh golongan melayu manakala kampung baru biasanya didiami oleh tiga kaum terbesar di Malaysia. Kampung Orang Asli pula didiami oleh masyarakat orang asli. Berdasarkan pada statistik tahun 2000, penduduk daerah Kuala Pilah adalah seramai 63,541 orang iaitu iaitu 7.66% daripada jumlah penduduk Negeri Sembilan (829,774). Dengan kadar pertumbuhan 1.8% setahun, penduduk Kuala Pilah pada Tahun 2006 dianggarkan sebanyak 70,403 orang. Walaubagaimanapun, mengikut kiraan semasa pilihan raya Umum Tahun 2003 oleh Jabatan Penerangan mendapati anggaran penduduk Kuala Pilah adalah sebanyak 77,448 orang.

 

Tumpuan pembangunan di daerah Kuala Pilah adalah dalam bidang pertanian dan sumber ekonomi ialah kelapa sawit, getah, ternakan, sayur-sayuran, padi, buah-buahan dan kayu-kayan. Keadaan bentuk muka bumi yang berbukit-bukit di Kuala Pilah dengan hutan simpan yang luas menjadikan suasana alam semulajadi nyaman dan selesa didiami serta berpotensi untuk dijadikan daya tarikan pelancong didalam dan luar negeri. Terdapat beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai pusat perlancongan seperti Taman Rekreasi Ulu Bendul, Hutan Lipur Jeram Tengkek dan Perkampungan Homestay yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang ingin menikmati dan merasai suasana kehidupan di kampung.

 

Selain itu juga bagi mereka yang berkunjung ke Kuala Pilah atas urusan kerja atau melancong, mereka tidak perlu risau akan tempat penginapan kerana di Kuala Pilah ada disediakan hotel yang dikenali sebagai Hotel Desa Inn. Di usahakan oleh NSR Properties Sdn. Bhd. Hotel ini terletak di Jalan Dato Abdul Manap pusat Bandar Kuala Pilah. Tambahan lagi, dengan adanya kemudahan lain seperti gedung membeli belah di sekitar Kuala Pilah memudahkan lagi rutin harian penduduk dalam membeli barang keperluan harian. Antara yang terdapat di Kuala Pilah ialah Gedung Sri Minang yang terletak di pusat Bandar Kuala Pilah, Pasaraya UPWELL yang terletak di Melang, Kuala Pilah dan juga pasaraya Active yang terletak di jalan Kuala Pilah-Bahau.

 

Disamping itu juga, penduduk di Kuala Pilah berpeluang berkunjung ke Pasar Tani pada setiap hari sabtu untuk membeli hasil tani penduduk kampung. Bagi mereka yang pulang dari kerja dan tidak sempat untuk menyediakan juadah makan malam tidak perlu bimbang kerana mereka boleh membeli pelbagai juadah makanan di pasar malam. Pasar malam ini juga terletak di pusat Bandar Kuala Pilah yang di buka pada setiap hari bermula pukul 6 petang.


ekp-daftar

Maklumat Parlimen

Statistik Laporan

  • A = Sosial
  • B = Infrastruktur
  • C = Pelbagai
  • D = Kepimpinan
  • E = Kacau Ganggu
  • F = Alam Sekitar

Lapor aduan